Tuesday, December 11, 2012

MADRASAH AL TAQWA TANJONG TOKONG 1900-

MADRASAH AL TAQWA TG TOKONG SEBUAH INSTITUSI AGAMA ISLAM MILIK MASYARAKAT .DITUBUHKAN PADA TAHUN 1900 OLEH PARA NELAYAN TG TOKONG. MADRASAH ITU MENGALAMI  TIGA KALI PERPINDAHAN :

1900 - TAPAK  ASALNYA  DITEPI LAUT DEKAT DENGAN JALAN ABBAS ,

1925 - DIPINDAHKAN KE TAPAK KEDUA DI SIMPANG TIGA TG TOKONG

1940 - TAPAK KETIGA YANG KEKAL KINI DI TANAH TAMBUN.DIKURNIAKAN OLEH PENJAJAH INGGERIS SETELAH PROJEK TEBUSGUNA TANAH DARIPADA LAUT SELESAI. PADA KETIKA ITU TELAH ADA RUMAH YANG DIDIRIKAN SEKITARNYA. 

KINI MADRASAH INI TELAH BERUSIA LEBIH DARIPADA 100 TAHUN.LAYAK UNTUK MENDAPAT PERISTIHARAAN DAN PENGIKTIRAFAN SEBAGAI INSTITUSI WARISAN. 

 05

PERASMIAN MADRASAH AL  TAQWA DI TAPAK YANG KEKAL KINI PADA TAHUN 1940 DILAKUKAN OLEH LEBAI DAN , ULAMA TEMPATAN. DALAM GAMBAR INI KELIHATAN HAJI MOHD NOH PENGHULU TG TOKONG PADA KETIKA ITU, PAK OMAR  ( PENGERUSI JKKK TAHUN 1970an  dan  1980an),  PAK NON,  PAK AJAN, dan PAK MASTAN( masa muda)

WARISAN MELAYU TANJONG TOKONG -WARISAN INSTITUSI

SELAMATKAN MADARASAH AL TAQWA DAN PERSEKUTUAN SETIA TG TOKONG

  • SELAMATKAN  WARISAN INSTITUSI AGAMA DAN SOSIAL  MILIK MASYARAKAT MADRASAH AL TAQWA TG TOKONG 1900 -2012
  • SELAMATKAN WARISAN TRADISI  DAN SOSIAL   MILIK MASYARAKAT  PERSEKUTUAN SETIA TG TOKONG 1911 – 2012

  • 05
  • 03
  • KENYATAAN AKHBAR PADA 25 NOV 2012 -  SELAMATKAN MADRASAH AL TAQWA TANJONG TOKONG – WARISAN INSTITUSI  AGAMA MILIK MASYARAKAT 1900 -2O12 

  • Madrasah Al Taqwa ialah institusi agama dan pendidikan yang ditubuhkan oleh masyarakat Tanjong Tokong di atas biaya sendiri tanpa bantuan sesiapa. Ia ditubuhkan oleh para nelayan Tanjong Tokong pada awal abad ke 20. Tapak asalnya di tepi laut  dan dipindahkan ke Simpang Tiga pada tahun 1925.  Apabila tanah tebusguna dibangunkan ia dipindahkan ke tapak baru. Ia mengalami pengubahsuaian  dengan perbelanjaan sendiri dan bantuan kerajaan negeri P.Pinang  sehingga wujud  bangunan yang sedia ada.

  • Selama ini segala pengurusan dan perbelanjaan madrasah ini diuruskan oleh jawatankuasanya tanpa mendapat bantuan daripada Majlis Agama Islam negeri P.Pinang. Jawatankuasa Madrasah Al Taqwa bertanggung jawap penuh ke atas madrasah yang berdiri megah sebagai warisan intitusi milikan masyarakat.Ia bukan sekadar rumah ibadat.  Madrasah ini terus berfungsi sebagai institusi pendidikan dan agama yang mengambil pendekatan salafi.

  • Tegak di atas asas memperjuangan aqidah dan pelaksanaan syariat Islamiah mengikut perjalanan ahli sunnah waljamaah.Kami AJK dan masyarakat  tempatan terus mengimarahkan madrasah ini hingga kini menerusi sembahyang berjemaah yang hidup 5 waktu, majlis-majlis ilmu, ceramah, usrah dan sembahyang hari raya. Tidak benar bahawa madrasah ini tidak berfungsi. Jemaah madrasah datangnya dari seluruh kampung Tanjong Tokong.

  • Kami menentang sekeras-keras sebarang usaha untuk merobohkan madrasah ini. Madrasah ini telah didirikan secara sah dan sesuai ditempatkan di tapak yang sedia ada. Sebarang keputusan tentang masa depan madrasah ini wajib mendapat persetujuan kami AJK yang bertanggung jawap terhadap kelestarian dan masa depannya.

  • Kami tidak bersetuju madrasah ini dipindahkan ke tempat lain terutama di sebelah Masjid Tuan Guru Tanjong Tokong.Kami sangat bersetuju jika madrasah ini dinaik taraf di tapak yang sedia ada dan dimakmurkan terus dari masa ke semasa.Sesuai dengan syarat nyata pemberian tanah kepada UDA  , madrasah ini wajar dan wajib dikekalkan kerana  sekatan tersebut menjurus ke  arah pengekalan dan penambahbaikan kampung bukan penghapusan kampung secara total.

  • Warisan  institusi agama  milik masyarakat mesti dipelihara dan dipulihara terutama apabila kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengistiharkan Tanjong Tokong menjadi Kampung Warisan dalam sidang Dewan Undangan Negeri P.Pinang pada 3 November 2012.Pembangunan bukan bererti runtuh dan bina dengan sesuatu yang tidak ada kaitan dengan yang sebelumnya.

  • Pembangunan adalah kesinambungan tradisi dan moden. Segala warisan yang ada mesti ada tempatnya untuk digabungkan dengan pembangunan moden. Ia untuk mewujudkan suasana yang serasi dan seimbang. Kami menuntut bentuk pembangunan yang lestari.  Komponen warisan , sejarah dan budaya ada tempat di dalam pembangunan semasa .Sebagaimana kata Tun Razak ,bapa pembangunan negara  :
 

  • “Batu bata dan simen hanya lambang kebendaan kemajuan kita .Pembangunan kebudayaan sama pentingnya kerana sesbuah negara yang tidak berkebudayaan sendiri adalah negara yang tidak berjiwa”

WARISAN MELAYU TANJONG TOKONG P.PINANG

WARISAN MELAYU TANJONG TOKONG IALAH WARISAN YANG ASAL, MILIK PERIBUMI DI ANTARA YANG TERTUA DI PULAU PINANG. KAMPUNG INI TELAH WUJUD SEBELUM KETIBAAN INGGERIS YANG MULA BERTAPAK DI P.PINANG SECARA RASMI PADA 11 OGOS 1786 

 Captain Franics Light landed in PenangEarly Pulau Kesatu Locals when Francis Light founded Penang